Chong Wei bertemu Praneeth di suku akhir Terbuka Kanada
Astro Arena
Jun 27, 2015 13:27 MYT
Jun 27, 2015 13:27 MYT
PEMAIN perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei sekali lagi bertemu dengan wakil India Sai Praneeth di Terbuka Kanada untuk menempah tiket perlawanan separuh akhir Terbuka Kanada.
Chong Wei yang memenangi Terbuka AS minggu lalu telah berjaya menyekat kemaraan wakil India itu minggu lalu sebelum mengalah Hans-Kristian Vittinghus dari Denmark.
Chong Wei sepatutnya miliki jalan mudah untuk mara ke pusingan suku akhir namun terpaksa beraksi selama satu jam untuk menewaskan pemain Hong Kong Vincent Wong Wing Ki yang berkesudahan 21-17, 20-22 dan 21-10.
Pemain beregu negara Thien How-Khim Wah juga akan beraksi di suku akhir menentang pasangan Taiwan, Ko Chi Chang/Tzu Wei Wang.