Chong Wei bertemu Chen Long di final Terbuka Hong Kong
Bernama
November 26, 2017 09:18 MYT
November 26, 2017 09:18 MYT
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengekalkan rentak kemenangan apabila mara ke final kejohanan badminton Terbuka Hong Kong bertemu Chen Long dari China.
Chong Wei tidak berdepan masalah menundukkan pencabarnya Shi Yuqi dari China dengan straight set 21-19 dan 21-8 pada perlawanan separuh akhir.
Chen Long pula terpaksa berhempas pulas menewaskan Anders Antonsen dari Denmark ketika satu lagi perlawanan separuh akhir.
Chong Wei menjuarai Terbuka Hong Kong sebanyak empat kali pada 2009, 2010, 2013 dan 2015.