Cheong rangkul gangsa ketiga
Bernama
November 25, 2012 07:54 MYT
November 25, 2012 07:54 MYT
Penerjun wanita negara Cheong Jun Hoong menambah koleksi pingat gangsa ketiganya pada Kejohanan Renang Asia di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam acara 3m papan anjal seirama Ahad.
Penerjun berusia 22 tahun dari Selangor itu berganding dengan Loh Zhiyai untuk mengumpul 255.27 mata bagi menduduki tempat ketiga di belakang juara Chen Ye dan Qu Lin dari China yang mencatat 321.90 mata.
Pingat perak disandang oleh penerjun Jepun, Fuka Tatsumi dan Yuka Mabuchi dengan 270.69 mata.
Sebelum ini Cheong berjaya meraih dua gangsa dalam acara 10m platfrom seirama dan 3m papan anjal individu.