Cheng Hoe tidak pening bahagian tengah Malaysia

Astro Arena
Mac 27, 2021 07:19 MYT
Kedudukan 26 pemain yang telah dipanggil itu masih belum terselamat bagi kem latihan seterusnya memandangkan beberapa pemain yang berpangkalan di luar negara tidak dapat menyertai sesi jadual kali ini. - Foto Facebook FAMalaysiaOfficial
PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, menjelaskan status pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh, dinilai berdasarkan latihannya bersama Johor Darul Ta'zim (JDT).
Sumareh antara nama yang dipanggil menyertai kem latihan pusat kem kebangsaan dari 22 hingga 30 Mac ini.
Bagaimanapun, pemain berusia 27 tahun itu terpaksa dilepaskan gara-gara mengalami kecederaan dan akan fokus menjalani rawatan bersama kelab JDT.
"Dia mendapat kecederaan ketika berdepan Perak (Ahad lalu) jadi dia memilih untuk menjalani pemulihan di JDT.
"Kami tahu JDT mempunyai kemudahan terbaik untuk memulihnya. Kami berharap dia pulih 100 peratus untuk kem latihan seterusnya," katanya ketika ditemu bual maya bersama media semalam.
Cheng Hoe sudah melihat kemampuan beberapa pemain untuk mengisi tempat Brendan Gan, yang tidak dapat diturunkan di bahagian tengah, dalam aksi menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Jun depan berikutan telah mengutip dua kad kuning.
Tambahnya, kedudukan 26 pemain yang telah dipanggil itu masih belum terselamat bagi kem latihan seterusnya memandangkan beberapa pemain yang berpangkalan di luar negara tidak dapat menyertai sesi jadual antarabangsa kali ini .
"Kami ada beberapa pilihan untuk menggantikan Brendan Gan dan kelibat Daniel Amir Norhisham, Syahmi Kutty, Azam Azih serta Liridon Kraniqi memberi suasana terbaik dalam latihan.
"Kami berhadap masalah bahagian tengah ini selesai.
"Kami juga ada memantau prestasi dan tahap kecergasan pemain di luar negara seperti Dominic Tan," tambahnya.
Sumber Facebook FAMalaysiaOfficial
Sementara itu, pertahanan Terengganu FC (TFC), Arif Fadzilah Abu Bakar, meluahkan keterujaannya kali pertama menyertai skuad Harimau Malaya bagi menggantikan pemain Sri Pahang, Fadzly Mazlan, dilanda kecederaan.
Ia merupakan kebangkitan yang baik dalam kariernya kerana pemain berusia 24 tahun itu pernah mengalami kecederaan lutut dua tahun lalu.
"Walaupun ini kali pertama dipanggil, suasana berbeza (dalam kem senior) berbanding B-19 dan B-23.
"Saya dapat menimba ilmu dengan pemain berpengalaman. Saya dapat belajar daripada segi taktikal dengan pendedahan jurulatih.
"Saya akan buktikan kemampuan kalau terpilih. "
#Tan Cheng Hoe #harimau Malaya #bola sepak #pemain naturalisasi #Mohamadou Sumareh #JDT #kecederaan #rawatan #Arif Fadzilah Abu Bakar #kem latihan
;