KUALA LUMPUR: Pertahanan longlai serta kesilapan mudah menggusarkan pengendali skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe menjelang aksi terakhir siri persahabatan antarabangsa Tier 1 berdepan Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan, malam esok.
Selepas melihat pasukannya dibelasah Jordan 4-0 Rabu lepas, Cheng Hoe berkata tumpuan utama akan diberikan kepada bahagian pertahanan supaya Skuad Harimau Malaya tidak mengalami nasib sama dibolosi disebabkan kecuaian individu.
Katanya pasukan negara juga perlu mempertingkatkan tahap kerjasama berpasukan yang dilihat gagal diterapkan ketika perlawanan tempoh hari apabila turun menentang Uzbekistan yang menduduki ranking ke-84 dunia.
"Pasukan perlu lebih fokus kepada pertahanan supaya kita tidak sekali lagi dibolosi dengan gol kesalahan individu dan kita perlukan teamwork (kerja berpasukan) terbaik untuk menghalang Uzbekistan menjaringkan gol dan pada masa kita juga kena menyerang untuk memberi tekanan kepada pihak lawan.
Dalam beberapa sesi latihan kita perlu menganalisis semula kelemahan pasukan dan kita kena sekali lagi turun ke padang menentang Uzbekistan dengan apa jua kita ada, kita perlu sekurang-kurangnya memberi tentangan terbaik," katanya pada sidang media secara dalam talian, hari ini.
Malaysia yang menduduki ranking ke-154 dunia membuka siri perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Amman dengan kekalahan 0-4 kepada pasukan tuan rumah dalam aksi yang berlangsung di Stadium King Abdullah II.
Di atas kertas, Cheng Hoe mengakui Uzbekistan adalah pasukan lebih baik berbanding skuad kendaliannya, selain memiliki kelebihan di bahagian jentera serangan dengan Eldor Shomurodov yang juga pemain kelab Itali AS Roma menjadi antara pemain yang perlu diberi perhatian.
Menjelang pertembungan itu, katanya besar kemungkinan beliau akan menurunkan set pemain berbeza berbanding yang diturunkan ketika menentang Jordan bagi memastikan kesemua pemain mendapat peluang secukupnya untuk membuktikan kemampuan masing-masing.
Katanya beliau juga belum membuat keputusan sama ada pemain muda Luqman Hakim Shamsudin atau pemain naturalisasi Guilherme De Paula akan diturunkan sebagai penggempur utama Skuad Harimau Malaya malam esok.
Pada masa sama, penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat berkata kesemua pemain dipanggil menyarung jersi skuad kebangsaan kali ini mempunyai kualiti tersendiri biarpun sesetengah pihak menganggap mereka bukan pemain utama pasukan negara.
"Walaupun kita tahu mereka (Uzbekistan) satu pasukan yang hebat, tapi kami akan lawan sampai ke penghujung perlawanan dan kami boleh bagi tentangan sengit sekurang-kurangnya demi maruah kami sebagai pemain dan peminat di Malaysia.
Apa jadi sekali pun kita tetap bersemangat untuk memberikan tentangan menentang Uzbekistan esok," katanya.
Beliau yang juga menyimpan hasrat untuk mewakili negara pada Kejuaraan Piala AFF 2020 Disember depan berazam memberikan aksi terbaik jika diturunkan pada perlawanan esok, untuk menyaingi kehebatan beberapa penjaga gol tempatan ketika ini.
Skuad Harimau Malaya akan bersaing merebut kejuaraan Piala AFF 2020 yang dijadual berlangsung di Singapura pada Disember ini, sebelum menyambung misi memburu slot ke pusingan akhir Piala Asia 2023 pada pusingan ketiga kelayakan kempen itu tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 08 2021

Chneg Hoe berkata, pasukan negara juga perlu mempertingkatkan tahap kerjasama berpasukan yang dilihat gagal diterapkan ketika perlawanan tempoh hari apabila turun menentang Uzbekistan. - Gambar fail

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Jodoh Cheng Hoe bersama kelab Thailand berakhir
Kelab itu dilaporkan mahu mencari pengendali tempatan, menyaksikan jodoh Cheng Hoe bersamanya hanya bertahan kira-kira separuh musim sahaja.

Police Tero terbang ke Johor
Kelab sensasi Thailand, Police Tero memilih Johor Bahru sebagai venue pemanas badan The Silver Shield Dragons ketika saingan Liga Satu Thai berhenti rehat sementara.

Bimbing kelab luar negara impian setiap jurulatih, kata Cheng Hoe
Cheng Hoe berkata, peluang mengendalikan kelab di luar negara merupakan impian mana-mana jurulatih, termasuk dirinya.

Cheng Hoe bukti jurulatih Malaysia diiktiraf - Kim Swee
Kim Swee menyifatkan satu pengiktirafan kepada jurulatih Malaysia apabila Tan Cheng Hoe dilantik sebagai pengendali pasukan Police Tero FC.

Cheng Hoe tinggalkan Selangor FC, bakal bimbing kelab Thailand
Selangor FC memaklumkan mereka telah mencapai persetujuan bersama Cheng Hoe untuk menamatkan kontrak beliau berkuat kuasa serta-merta.

Cheng Hoe mahu Selangor lakukan persediaan hadapi saingan Piala AFC
Pertandingan di peringkat Asia itu kini sudah berubah dengan pasukan yang layak prestasi masing-masing sedang meningkat naik.

Liga Super: Selangor belasah Perak 4-0
Selangor FC menepati ramalan apabila menundukkan Perak FC 4-0 pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor petang tadi.

Liga Super: Cheng Hoe gusar Selangor tiada aksi kompetitif hampir dua bulan
Pasukannya akan berehat hampir dua bulan dan ia merupakan tempoh rehat paling panjang buat Cheng Hoe sepanjang bergelar jurulatih.

Selangor waspada kebangkitan Kelantan
Tan Cheng Hoe mengingatkan barisan pemainnya untuk mengekalkan rentak kemenangan yang dilakar dalam dua perlawanan terakhir sebelum ini.

Piala FA: Prestasi cemerlang pastikan Selangor mara ke separuh akhir
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe mempamerkan permainan yang lebih selesa dan mendominasi aksi.