Chelsea tumpas, Liverpool benam Sunderland

Astro Awani
Januari 3, 2013 13:17 MYT
Chelsea hampa di laman sendiri setelah tumpas 1-0 kepada Queens Park Rangers (QPR) dalam Liga Perdana Inggeris.
Beraksi di hadapan penyokong sendiri di Stamford Bridge, tuah nyata tidak berpihak kepada pasukan kendalian Rafael Banitez itu.
Meskipun sering mengasak kubu QPR, The Blues gagal menghasilkan sebarang gol.
Sebaliknya pelawat membuat kejutan dengan meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-78 hasil jaringan Shaun Wright Philips.
Dalam satu lagi perlwanana, Liverpool meneruskan aksi cemerlang dengan membenam Sunderland 3-0.
Gol pembukaan Liverpool diperolehi menerusi jaringan Raheem Sterling manakala dua lagi dihasilkan penyerang berbisa The Reds Luis Suarez.
#Chelsea #Liga Perdana Inggeris #Liverpool #Queens Park Rangers #Sunderland
;