Chelsea tandatangan pemain tengah England dari Barcelona

Astro Arena
Februari 1, 2025 09:15 MYT
Walsh (gambar) dinobatkan pemain terbaik dalam aksi final Kejohanan Eropah, di mana England menewaskan Jerman pada 2022 sebelum membawa negaranya ke final Piala Dunia setahun kemudian. - Foto Astro ARENA
JUARA Liga Super Wanita, Chelsea, mengesahkan bahawa mereka selesai menandatangani pemain tengah England, Keira Walsh, dari Barcelona.
Bekas pemain Manchester City itu akan kembali ke liga divisyen utama England berkenaan selepas dua setengah musim berkelana di Sepanyol.
Sepanjang di Sepanyol, dia memenangi dua gelaran Liga F, dua gelaran Liga Juara-Juara Eropah Wanita selain satu kejuaraan Copa de la Reina dan tiga Supercopa de Espana Femenina.
Walsh juga dinobatkan pemain terbaik dalam aksi final Kejohanan Eropah, di mana England menewaskan Jerman pada 2022 sebelum membawa negaranya ke final Piala Dunia setahun kemudian. - StadiumAstro
#Chelsea #Keira Walsh #liga super wanita #barcelona
;