Chelsea setuju tanda harga Moises Caicedo

Astro Arena
Ogos 14, 2023 12:23 MYT
Perjanjian mengikat pemain tengah Ecuador berusia 21 tahun itu diumumkan tengah malam tadi. - Foto Stadium Astro
CHELSEA mendedahkan sudah mencapai persetujuan dengan perjanjian bernilai 115 juta pound (RM671.9j) untuk menandatangani Moises Caicedo daripada Brighton, menurut agensi berita PA.
Brighton akan menerima 100 juta pound (RM584.3j) dengan tambahan 15 juta pound lagi (RM87.6j) bagi menyelesaikan isu perpindahan yang sudah berlarutan lama itu.
Perjanjian mengikat pemain tengah Ecuador berusia 21 tahun itu diumumkan ketika pasukan bimbingan Mauricio Pochettino tersebut mengikat Liverpool 1-1 dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL), tengah malam tadi. -- Stadium Astro
#Moises Caicedo #Chelsea #Liga Perdana Inggeris #Brighton
;