Chelsea sambar khidmat pemain B-20 Brazil
Sinar Harian
Julai 17, 2023 10:30 MYT
Julai 17, 2023 10:30 MYT
CHELSEA menandatangani pemain sayap Brazil, Angelo Gabriel dari Santos, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu.
Syarat perjanjian Gabriel, yang kontraknya di Estádio Urbano Caldeira tamat pada 2024 itu tidak didedahkan kepada umum.
Namun media Britain melaporkan pemain berusia 18 tahun tersebut menandatangani kontrak jangka panjang selepas Chelsea membayar 15 juta Euro kepada pasukan Serie A Brazil berkenaan.
Gabriel tiba di kelab London itu selepas membuat 129 penampilan untuk Santos dalam semua pertandingan, menjaringkan lima gol dan membuat 10 bantuan.
Pemain Brazil bawah 20 tahun itu (B-20) menjadi pemain termuda yang membuat penampilan sulung dalam liga utama Brazil pada usia 15 tahun pada 2020.
Pencapaian itu sekali gus mengatasi rekod sebelumnya yang dipegang oleh legenda Pele.
Dia juga pemain termuda yang telah menjaringkan gol dalam sejarah Copa Libertadores. - Sinar Harian