Chelsea perlu raih 29 mata untuk bergelar juara EPL
Astro Arena
Februari 26, 2017 10:35 MYT
Februari 26, 2017 10:35 MYT
CHELSEA 3 SWANSEA CITY 1
Antonio Conte menegaskan The Blues perlu meraih 29 mata lagi untuk memastikan Chelsea bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Chelsea tidak menghadapi sebarang masalah ketika menerima kunjungan Swansea City di Stamford Bridge.
Cesc Fabregas membuka jaringan di separuh masa pertama sebelum Fernando Llorente menyamakan sebelum tamat separuh masa pertama.
Bersambung di babak kedua, Pedro meledak gol kedua sebelum penyerang Diego Costa melengkapkan kemenangan buat pendahulu liga itu.
Memiliki kelebihan 11 mata ke atas pencabar terdekat, Manchester City, Conte menegaskan kepada pemain supaya mencari 29 mata pada baki 12 mata untuk memastikan gelaran EPL milik mereka.
"Saya memberitahu kepada pemain-pemain supaya cuba mendapatkan 29 mata perlu diraih untuk kami menjuarai liga," kata Conte.
"29 mata adalah sesuatu yang sangat banyak bagi 12 perlawanan, saya berharap setiap pemain dapat memberikan komitmen untuk merealisasikan sasaran utama kami.
"Kami mendominasi perlawanan, saya tidak melihat Swansea beraksi dengan selesa, kami telah bermain dengan baik serta menghasilkan banyak peluang."