Chelsea kalah lagi

Astro Arena
Oktober 28, 2015 10:00 MYT
Situasi jurulatih Jose Mourinho di Chelsea semakin tersepit susulan kegagalan skuadnya mempertahankan Piala Liga selepas tewas kepada Stoke City 5-4. - Foto AFP
Situasi jurulatih Jose Mourinho di Chelsea semakin tersepit susulan kegagalan skuadnya mempertahankan Piala Liga selepas tewas kepada Stoke City 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti.
Bagaimanapun Mourinho enggan meletakkan kesalahan kepada Eden Hazard biarpun gagal menyempurnakan sepakannya pada situasi getir itu di Stadium Brittania.
Stoke memberikan kesukaran kepada The Blues dengan menampilkan aksi keras, sehingga membawa kepada kecederaan penyerang lawan Diego Costa.
Arsenal turut tersingkir selepas diratah Sheffield Wednesday 3-0, kekalahan terburuk mereka kepada lawan dari liga bawahan sejak 1959.
Lebih-lebih lagi dua tonggak utama, Alex Oxlade-Chamberlain dan Theo Walcott ditimpa kecederaan hamstring.
Kecederaan itu mencetuskan kegusaran buat Arsene Wenger menjelang perlawanan BPL dengan Swansea, Sabtu ini sebelum berkunjung ke Bayern Munich untuk terus menghidupkan peluang mereka dalam saingan Liga Juara-Juara.
Wenger akui pemain muda seperti Glen Kamara, Alex Iwobi yang bermain dalam kesebelasan utama, sementara Krystian Bielik dan Ismael Bennacer masuk sebagai pemain gantian belum bersedia untuk perlawanan peringkat tinggi seumpama itu kerana terlalu naif.
Sementara itu, perlawanan melibatkan Liverpool- AFC Bournemouth akan tetap diteruskan seperti yang dijadualkan awal pagi esok, selepas laporan mengenai kebimbangan isu keselamatan di Stadium Anfield.
#Chelsea #Jose Mourinho #League Cup #Piala Liga #Stoke City
;