Chatbot Meta AI bakal dilancar dengan suara selebriti terkenal minggu ini

Amanz
September 25, 2024 11:20 MYT
Antara suara selebriti yang bakal ditawarkan ialah pelakon John Cena, Dame Judi Dench (kanan), Awkwafina (tengah), Keegan-Michael Key (kiri), dan Kristen Bell. -Amanz
PADA acara Meta Connect yang akan berlangsung hari ini, chatbot Meta AI dilapor akan dilancarkan secara rasmi dengan beberapa suara selebriti terkemuka.

Ringkasan AI
  • Chatbot Meta AI akan dilancarkan secara rasmi pada acara Meta Connect dengan beberapa suara selebriti terkemuka.
  • Antara suara selebriti yang ditawarkan termasuk John Cena, Dame Judi Dench, Awkwafina, Keegan-Michael Key, dan Kristen Bell.
  • Penggunaan suara selebriti dalam projek AI ini dapat membezakan Meta daripada pesaingnya seperti Apple (Siri) dan Google (Google Assistant).

Menurut Reuters, antara suara selebriti yang akan ditawarkan ialah pelakon John Cena, Dame Judi Dench, Awkwafina, Keegan-Michael Key dan Kristen Bell.
Sebelum ini kedengaran ura-ura Meta membayar jutaan dolar kepada selebriti-selebriti ini bagi menggunakan hak suara mereka.
Meta Connect ialah acara yang digunakan oleh Meta untuk mengumumkan produk-produk serta ciri baharu pada platform milik mereka.
Penggunaan suara selebriti dalam projek AI ini juga sekali gus dapat membezakan Meta daripada pesaingnya seperti Apple (Siri) dan Google (Google Assistant).
Sebelum ini pembantu maya dengan suara selebriti seperti Mr Beast, dan Snoop Dogg ditawarkan kepada pengguna Instagram tetapi ciri ini ditamatkan Julai lalu. -Amanz
#Chatbot Meta AI #Meta Connect #suara selebriti #John Cena #Dame Judi Dench
;