Charlie Austin dihukum gantung tiga perlawanan
Astro Arena
Disember 25, 2017 08:08 MYT
Disember 25, 2017 08:08 MYT
PENYERANG Southampton, Charlie Austin, digantung tiga perlawanan oleh Persatuan Bolasepak England (FA) selepas dituduh melakukan tindakan ganas.
Austin menjaringkan gol kelima dalam tujuh penampilan baut The Saints ketika seri 1-1 dengan Huddersfield Town pada Sabtu sebelum meninggalkan padang dengan masalah kecederaan hamstring yang memaksa dirinya untuk direhatkan selepas empat minggu.
Tetapi dia juga telah dihukum selepas menendang penjaga gol Terriers, Jonas Lossl, dalam perlawanan tersebut.
Austin menerima hukuman tersebut tetapi tidak berpuas hati dengan penggantungan tiga perlawanan yang dianggapkan keterlaluan.
Pemain berusia 28 tahun itu akan terlepas kunjungan ke Tottenham dan Manchester United, termasuk perlawanan di tempat sendiri berdepan Crystal Palace pada 2 Jan.