Chan-Goh tewas di final Terbuka China

Bernama
November 18, 2012 06:55 MYT
Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying muncul naib johan pada kejohanan Siri Super Terbuka China di Shanghai hari ini.
Beregu ranking keempat dunia itu tewas pada beregu nombor satu Xu Chen-Ma Jin dari China, 21-15, 21-17, dalam perlawanan akhir yang berakhir sebentar tadi.
Ini merupakan kekalahan keempat Chan dan Goh kepada gandingan China itu daripada lima pertembungan mereka, kali terakhir pada Terbuka Denmark bulan lalu.
#badminton #Chan Peng Soon #Goh Liu Ying #Ma Jin #Terbuka China #Xu Chen