CEV: Adam Norrodin sambar podium perlumbaan pertama di Litar Estoril

Astro Arena
April 25, 2021 00:13 MYT
Adam Norrodin menamatkan saingan di Litar Estoril itu di tempat ketiga. - Stadium Astro
PELUMBA negara, Adam Norrodin, menjejak podium dalam perlumbaan pertama kategori Moto2, Kejuaraan Motosikal Eropah CEV, apabila menamatkan saingan di Litar Estoril itu di tempat ketiga.
Bermula di petak keempat, pelumba pasukan Liqui Moly Intact SIC Racing Team itu mencatatkan masa 30 minit 49.93 saat untuk bermula cemerlang dalam perlumbaan pembuka musim di Portugal berkenaan.
Juara milik pelumba Boscoscuro Talent Team-ciatt, Fermin Aldeguer, manakala rakan sepasukannya, Alonso Lopez, menamatkan pelumbaan di tangga kedua.
Wakil negara berusia 22 tahun itu kemudian mengekalkan tunggangan berkesannya untuk menamatkan perlumbaan kedua di tempat keempat.
Sebagai rekod, Adam pernah beraksi dalam perlumbaan Moto3, Kejuaraan Dunia MotoGP dari 2016 hingga 2019.
#adam norrodin #pelumba negara #Moto2 #Kejuaraan Motosikal Eropah #CEV #Litar Estoril
;