Cavendish juara Tour of Qatar 2013

Astro Awani
Februari 9, 2013 01:00 MYT
Pelumba Britain, Mark Cavendish muncul juara selepas memenangi semua peringkat perlumbaan.
Bagi peringkat terakhir, beliau mencatat masa 3:24:31s.
Perlumbaan peringkat terakhir melibatkan laluan dari Sealine Beach Resort ke Doha Corniche.
Cavendish membuat pecutan akhir menewaskan pelumba dari Belarus, Yauheni Hutarovich yang menduduki tempat kedua.
Manakala, pelumba Belanda, Barry Markus menang tempat ketiga.
Juara pecut Britain ini, telah memenangi 23 peringkat Tour De France dan 10 peringkat perlumbaan Giro D'italia.
#Mark Cavendish #Tour de France #Yauheni Hutarovich