Carneiro mahu Mourinho minta maaf secara terbuka

Astro Arena
Mac 8, 2016 11:25 MYT
Carneiro dijangka menerima ganti rugi bernilai ratusan ribu pound jika memenangi kes tuntutannya itu. - Foto Astro Arena
BEKAS doktor kesihatan Chelsea, Eva Carneiro, menuntut pemohonan maaf secara terbuka dari bekas pengendali kelab itu, Jose Mourinho.
Wakil Carneiro menjelaskan kliennya masih tidak menerima sebarang pampasan dari Chelsea terhadap layanan yang diterimanya sebelum ini.
"Kami tidak akan menjangkakan sebarang penyelesaian hari ini. Kami mahu Mourinho meminta maaf secara terbuka," jelasnya.
Carneiro bakal menerima pampasan berjumlah ratusan ribu pound sekiranya memenangi kes yang dikategorikan sebagai diskriminasi terhadap wanita itu.
Dia kehilangan kerjanya setelah disingkirkan Mourinho yang mengkritiknya berikutan tindakannya meluru masuk ke padang untuk merawat pemain sayap, Eden Hazard, yang sedang mengalami kesakitan.
Pengendali kelahiran Portugal itu turut menyalahkan Carneiro sebagai punca pasukan itu mencatat keputusan seri 2-2 berdepan Swansea 8 Ogos lalu.
#Carneiro desak Mourinho mohon maaf #Chelsea #doktor kesihatan Chelsea #Eva Carneiro #Jose Mourinho #pengandali Chelsea
;