Cardiff City FC lantik Jalil sebagai pengarah bukan eksekutif kelab
Bernama
Julai 15, 2021 04:43 MYT
Julai 15, 2021 04:43 MYT
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Corporation Jalil Rasheed telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif baharu Kelab Bola Sepak Cardiff City.
Kelab yang berpangkalan di Wales itu mengumumkan bahawa Jalil akan membantu kelab dalam membuat keputusan dan perancangan strategik serta bekerjasama rapat dengan pemilik kelab Tan Sri Vincent Tan, Pengerusi Mehmet Dalman dan Pengarah Eksekutif dan CEO Ken Choo.
"Kami yakin penyokong City akan bergabung dengan Lembaga dan Kelab untuk mengalu-alukan kehadiran Jalil dan berharap dapat mencipta kejayaan bersama pada masa depan," menurut kenyataan oleh Cardiff City FC dalam laman web rasmi kelab.
Sementara itu, Jalil menerusi akaun Twitter berkata beliau berasa istimewa dan bangga untuk terlibat dalam sukan yang sangat disayanginya itu.
"Walaupun saya tidak dapat berada di sana disebabkan sekatan perjalanan, tapi akan sentiasa memberikan sokongan dari jauh," katanya.
The Bluebirds akan beraksi setahun dalam kejuaraan, tier dua Bola Sepak Inggeris selepas menamatkan saingan pada kedudukan kelapan daripada 24 pasukan musim lepas.
-- BERNAMA
#jalil rasheed
#Berjaya Corporation
#Cardiff City
#Vincent Tan
#Ken Choo
#Mehmet Dalman
#The Bluebirds