"Cara main tidak penting, yang penting menang" - Salah
Agensi
April 1, 2019 11:19 MYT
April 1, 2019 11:19 MYT
MOHAMED Salah mendedahkan perkara yang diberitahunya kepada Jurgen Klopp selaku jurulatih pasukannya, Liverpool selepas kemenangan dramatik 2-1 keatas Tottenham Hotspurs malam Ahad.
Menurut laporan portal, Sky Sports selepas perlawanan, Salah berkata, dia menyuarakan pendapatnya kepada Klopp di dalam bilik persalinan.
Dalam perbualan itu, Salah berkata, dalam setiap perlawanan, apa yang paling penting ialah mata yang dikutip dan setiap pasukan besar harus bijak mencari jalan untuk mendapatkannya.
"Tidak semestinya anda perlu bermain baik. Perkara yang paling penting adalah mata. Pasukan besar sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan mata.
‘Mungkin hari ini kami tidak memberikan sehabis baik kami tetapi memenangi permainan adalah perkara yang paling penting," kata Salah dipetik sebagai berkata kepada Sky Sports.
Sementara itu, bos The Reds berkata, beliau agak tenang selepas gol kemenangan disumbat, kerana tidak menyangka bagaimana bola berkenaan boleh memasuki gawang.
"Saya tidak gembira walaupun kami mendahului tetapi saya fikir kami memerlukan lebih lagi. Pada babak pertama kami mempunyai peluang yang banyak dan menjaringkan gol yang lawa.
"Pada babak kedua kami kelihatan berat dan tidak dapat bermain. Mereka (Spurs) berubah sedikit sahaja. Kami tidak menyesuaikan diri dengan baik.
"Selepas gol Spurs kami mula bermain lagi. Kami mempunyai peluang yang lebih besar. Kami bersaing dengan pasukan terbaik di dunia (Manchester City) dan bermain menentang salah satu yang terbaik di dunia di Tottenham, satu tugas yang ukar. Itu semua baik.
"Kami boleh bermain dengan lebih baik tetapi pada babak pertama kami mempunyai banyak momen yang baik. Di masa kedua tidak banyak peluang tetapi kami menjaringkan gol 2-1, itu cemerlang," katanya lagi.
Kemenangan malam Ahad itu menyaksikan Liverpool kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris, walaupun pesaing kuat Manchester City mempunyai satu permainan di dalam tangan.