Cancelo lanjutkan kontrak di Manchester City hingga 2027
Astro Arena
Februari 2, 2022 13:15 MYT
Februari 2, 2022 13:15 MYT
JOAO Cancelo mendatangani kontrak lanjutan selama dua tahun yang akan mengikatnya bersama Manchester City sehingga penghujung musim 2026-27.
Cancelo antara watak penting dalam skuad bimbingan Pep Guardiola itu sejak awal musim lalu walaupun pada awalnya bergelut untuk mencipta impak dalam kempen pertamanya.
Pemain Portugal berusia 27 tahun itu tiba daripada Juventus pada 2019 dan telah beraksi di posisi pertahanan kanan dan kiri buat City, sekali gus membuktikan bahawa dia kini antara pertahanan sayap terbaik di dunia.
Cancelo kini telah mengesahkan komitmen jangka panjangnya bersama kelab berkenaan.
"Manchester City merupakan kelab yang hebat, saya amat gembira untuk menandatangani kesepakatan baru ini," katanya dalam laman web rasmi pasukan itu.
"Pemain City memiliki segala yang diperlukan untuk mencapai potensi sepenuhnya, dengan fasiliti yang luar biasa, rakan sepasukan bertaraf dunia dan pengurus hebat yang akan mendorong anda setiap hari.
"Tiada tempat lain yang lebih baik untuk bermain bola sepak dan ia satu kebanggaan untuk saya bekerja di sini.
"Saya ada banyak perkara untuk dicapai sebelum menamatkan karier dan Manchester City menawarkan saya peluang terbaik untuk memenuhi impian saya.
"Kontrak baru ini bermakna saya kini dapat menumpukan sepenuhnya untuk meningkatkan permainan saya dan memenangi lebih banyak trofi bersama pasukan ini," katanya.