Camille sekat kemaraan Nicol di Terbuka Hong Kong
Bernama
November 17, 2017 23:30 MYT
November 17, 2017 23:30 MYT
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David gagal mengekalkan prestasi cemerlang pada kejohanan Terbuka Hong Kong apabila tumpas pada saingan suku akhir, hari ini.
Pemain ranking kelima dunia itu tewas kepada pilihan ketiga, Camille Serme dari Perancis 9-11, 11-8, 9-11 dan 6-11 pada aksi yang berlangsung kira-kira 45 minit di Pusat Skuasy Hong Kong.
Untuk rekod, Nicol pernah memenangi Terbuka Hong Kong sebanyak 10 kali sejak 2006, dan kali terakhir beliau merangkul kejuaraan tersebut adalah pada 2015.
Sementara itu, Camille akan berdepan pemain Mesir, Raneem El Welily yang mengalahkan pemain New Zealand Joelle King pada perlawanan suku akhir lima set yang sengit, di peringkat separuh akhir esok.
-- BERNAMA