Cabar petinju lain dulu, pesan Denis Puric buat Jojo

Astro Arena
September 14, 2024 16:45 MYT
Puric manyarankan jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo supaya memilih lawan yang lebih sesuai. - Stadium Astro
BINTANG veteran seni bela diri campuran (MMA) Bosnia-Herzegovina, Denis Puric, manyarankan jaguh Muay Thai muda negara, Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo supaya memilih lawan yang lebih sesuai berbanding mencabar dirinya.
Puric, 39, yang pernah berentap dengan legenda ONE Championship dari Thailand, Rodtang Jitmuangnon Jun lalu, berasakan Jojo sepatutnya mencabar petinju lain seperti Ramadan Ondash ataupun Freddie Haggerty dengan tahap perkembangannya ketika ini.
Jojo bakal genap 18 tahun 14 November ini, membuat kejutan apabila secara terbuka mencabar Puric selepas mencipta kejayaan menumbangkan lawan dari Mexico, Josue Cruz, menerusi pukulan ‘KO’ dalam pertarungan ONE Championship Sabtu lalu.
Bintang muda itu berpendapat Puric adalah seorang lawan yang hebat dan yakin petarung veteran tersebut tidak akan ‘lari’ daripada cabaran di dalam gelanggang.
Bagaimanapun, Puric menjelaskan Jojo memerlukan lebih banyak pengalaman kerana bimbang karier bintang muda negara itu mampu musnah jika berdepan tumbukannya dalam gelanggang nanti. -- Stadium Astro
#jaguh MMA Bosnia #Denis Puric #Jojo #Muay Thai #Johan Ghazali
;