Bunyamin bakal diketepikan enam minggu

Zulhelmi Zainal Azam
Januari 22, 2013 13:38 MYT
TANDA TANYA: Kecederaan Bunyanim (kiri) mungkin akan melihat beliau tidak tersenarai dalam skuad negara
Pemain tengah Selangor, Bunyamin Omar bakal diketepikan selama enam minggu susulan kecederaan yang dialaminya ketika menentang Pahang di Shah Alam, Sabtu lalu.
Perkara itu disahkan fisioterapis Persatuan Bola Sepak Selangor FAS, Halimee Yusof.
Bagaimanapun, Halimee menjelaskan keputusan berhubung kecederaan pemain kelahiran Kedah itu hanya akan diketahui selepas ujian imbasan MRI.
"Bunyamin kemungkinan cedera ligamen lutut. Ia memerlukan tempoh selama enam minggu untuk pulih."
Sementara itu, Halimee mengesahkan seorang lagi tonggak Red Giants K. Gurusamy hanya mengalami kecederaan ringan.
"Gurusamy mengalami hentakan di lututnya tetapi ia bukan kecederaan serius."
Apa yang pasti, berita ini juga bakal mengundang kebimbangan kepada ketua jurulatih skuad senior kebangsaan Datuk K. Rajagobal.
Ia apabila kedua-dua pemain itu berada dalam senarai 26 pelatih skuad Harimau Malaya bagi menghadapi aksi Kelayakan Piala Asia, bulan depan.
#Bunyamin Omar #Pahang #Selangor #shah alam
;