Bukti yang kukuh sangat diperlukan untuk banteras rasuah dalam sukan

Astro Awani
Mei 24, 2013 15:24 MYT
Khairy Jamaluddin yang dilantik meneraju Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sejak Rabu lepas mengakui berdepan cabaran besar untuk membanteras gejala rasuah sukan kerana ia memerlukan bukti yang kukuh.
Pada masa sama, Khairy turut meminta mereka yang mempunyai maklumat sahih berkenaan kegiatan tersebut supaya tampil memberi maklumat kepada pihak berkuasa.
Ia bagi membolehkan individu yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan.
Tambah Khairy, pemberi maklumat juga tidak perlu bimbang kerana mereka dilindungi oleh beberapa akta termasuklah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
Berita selanjutnya dapat diikuti melalui video yang telah disediakan.
#Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 #KBS #Khairy Jamaluddin #Rasuah
;