"Bubar Harimau Malaya beri peluang pada B23"
Astro Arena
Januari 17, 2016 08:23 MYT
Januari 17, 2016 08:23 MYT
Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) Lim Teong Kim mencadangkan skuad Harimau Malaya dibubarkan bagi membuka ruang untuk pemain bawah 23 tahun.
Drastik, namun Teong Kim melihat ia satu langkah untuk jangka masa panjang bagi membentuk skuad yang mantap pada masa akan datang.
"Pada pandangan saya, tidak menjadi masalah jika barisan pemain bawah 23 tahun pula yang dinaikkan taraf menjadi pasukan kebangsaan kerana pasukan ini akan hadapi Sukan SEA 2017," jelas Teong Kim yang dipetik dari BH Online.
Tambahnya, sekalipun tidak mampu merangkul pingat mereka akan menimba pengalaman berharga disamping mematangkan mereka.
Teong Kim akui bosan apabila rata-rata muka yang sama membarisi skuad kebangsaaan.