Buang Vingada tidak akan selesaikan masalah - Khairy
Hafiz Marzukhi
November 14, 2017 16:56 MYT
November 14, 2017 16:56 MYT
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan desakan supaya jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Nelo Vingada berundur tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.
"Sekiranya jurulatih ditukar, kejayaan skuad kebangsaan tidak boleh dicapai dalam masa sehari (overnight)," katanya selepas menghadiri Dialog Transformasi 50 (TN50) bersama belia Felda di Menara Felda di sini hari ini.
Khairy berkata, kekalahan 1-4 kepada Korea Utara di Bangkok Thailand semalam adalah kerana skuad yang ada ketika ini masih 'dihantui' kelemahan struktur pembangunan bola sepak dari dahulu lagi.
"Bukan saya kata pemain kini tidak bagus.
"Kita perlu faham situasi ketika ini dan beri masa supaya skuad negara dapat memperbaiki prestasinya," kata beliau.
Khairy meminta peminat sukan bola sepak tempatan supaya tidak terlalu awal untuk mengecam prestasi suram skuad bola sepak kebangsaan dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2019.
#Asia
#Bangkok
#Belia
#bola sepak
#Khairy Jamaluddin
#Korea Selatan
#Korea Utara
#Menteri Belia dan Sukan
#Nelo Vingada
#skuad kebangsaan
#Thailand
#TN50
#Transformasi Nasional 2050