Bual Bola: Sepakan penalti hanya permainan minda - Paul Robinson
Ian Johan Ariff
November 1, 2017 20:09 MYT
November 1, 2017 20:09 MYT
TEKANAN mengambil tendangan penalti semakin tinggi dalam bola sepak moden.
Mengambil contoh, sejumlah 34 daripada 146 penalti yang dihadiahkan kepada Liverpool gagal disudahkan pemainnya, jumlah yang sama dicatat Arsenal (134 penalti) iaitu tertinggi dalam Premier League (PL).
Bukan mudah untuk menjaringkan gol menerusi sepakan penalti sekarang berbanding dahulu. Bagi bekas penjaga gol England dan Tottenham Hotspur, Paul Robinson memberitahu penyerang dan penjaga gol mengetahui rahsia pemain yang bakal mengambil tendangan sebelum sepakan penalti itu diambil dan ia menjadi satu permainan psikologi.
Ikuti bahagian 2 sesi bertemu peminat bersama dengan kelab penyokong Tottenham, Malaysia Spurs di Kelana Jaya, Sabtu lepas.
Jangan lupa saksikan rancangan Bual Bola setiap Jumaat 10:15 malam di Astro AWANI.