Bruno Suzuki kesal gagal selamat jawatan Mat Zan
Astro Arena
Mac 26, 2021 06:53 MYT
Mac 26, 2021 06:53 MYT
PENYERANG import PDRM FC, Bruno Suzuki, terkilan tidak dapat membantu Mat Zan Mat Aris dalam lima perlawanan Liga Perdana hingga menyebabkan jurulatih itu difahamkan sudah direhatkan.
Ia susulan prestasi hambar The Cops dengan empat kekalahan daripada lima perlawanan lalu, bekas tonggak kebangsaan Wan Rohami Wan Ismail, dikatakan sudah mengemudi latihan pasukan itu.
"Ini situasi yang sukar. Kami hanya menang sekali dan empat kali tewas, ini membuktikan PDRM mengambil serius (cabaran musim ini).
"Tiada istilah main-main sampai sanggup merehatkan jurulatih.
"Saya fikir ini lumrah (dalam bola sepak) tetapi apa yang saya kesalkan ialah saya hanya sempat beraksi dua perlawanan di bawah kendaliannya, itu pun bukan masa penuh.
"Kalau saya beraksi, situasi mungkin berbeza. Saya mungkin boleh membantunya.
"Inilah bola sepak, kalau kami asyik kalah, sudah tentu kami perlu lakukan sesuatu," katanya dalam perkongsian bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Pemain dari Jepun itu juga belum pasti boleh dipertaruhkan PDRM yang akan menyambung kempen dengan bertemu Terengganu FC II di tempat lawan, 3 April ini, selepas terus bergelut dengan kecederaan belakang.
#Bruno Suzuki
#Mat Zan Mat Aris
#Liga Perdana
#jurulatih
#direhatkan
#prestasi hambar
#bola sepak
#Wan Rohami Wan Ismail
#empat kekalahan
#PDRM FC
#Terengganu FC II
#Bruno Junichi Suzuki