Brazil menang tipis ke atas Argentina
Ian Johan Ariff
Oktober 17, 2018 11:16 MYT
Oktober 17, 2018 11:16 MYT
Brazil menewaskan Argentina 1-0 dalam perlawanan akhir kejohanan perlawanan persahabatan yang melibat empat negara di Arab Saudi.
Dalam perlawanan di Stadium Raja Abdullah itu, Brazil memperoleh gol kemenangan pada minit ketiga masa kecederaan menerusi tandukan Miranda.
Minggu lepas, Brazil menewaskan Arab Saudi 2-0 manakala Argentina membelasah Iraq 4-0 untuk mara ke final.
Argentina turun tanpa kelibat tonggak utama Lionel Messi, Sergio Aguero, Gonzalo Higuain dan Angel di Maria.
Namun Brazil yang dibarisi bintang seperti Neymar, Philippe Coutinho dan Roberto Firmino gagal menyerlah menentang skuad Argentina yang kurang berpengalaman.
Skuad samba bimbingan Tite hanya mempunyai satu peluang terbaik menjaringkan gol namun Nicolas Otamendi menghalang rembatan Miranda daripada melepasi garisan gol.
Manakala Argentina terlepas peluang keemasan untuk berada di depan apabila tendangan percuma Paulo Dybala sedikit tersasar.
#Angel di Maria
#Arab Saudi
#Argentina
#Brazil
#Eduardo Salvio
#gonzalo higuain
#Iraq
#Lionel Messi
#Luis Felipe
#Neymar
#Nicolas Otamendi
#Paulo Dybala
#Philippe Coutinho
#Roberto Firmino
#Sergio Aguero
#Stadium Raja Abdullah
#tite