Brazil mampu berjaya tanpa Neymar

Astro Arena
Jun 24, 2015 10:00 MYT
Brazil yang bakal berhitung dengan Paraguay di peringkat suku akhir hujung minggu ini, Firmino percaya pasukannya semakin menunjukkan peningkatan tanpa Neymar. - Foto Astro Arena
Roberto Firmino percaya Brazil sudah menemui rentak mereka susulan kehilangan kapten Brazil yang digantung.
Brazil semakin menemui permainan terbaik mereka di Copa America di sebalik ketiadaan penyerang berbakat besar itu terpaksa pulang awal ekoran insiden dibuang padang semasa bertemu Colombia dalam Kumpulan B minggu lalu.
Brazil yang bakal berhitung dengan Paraguay di peringkat suku akhir hujung minggu ini, Firmino percaya pasukannya semakin menunjukkan peningkatan tanpa Neymar.
"Sudah tentu kami bersedih dengan pergantungan dan kepulangannya, namun Selecao semakin bertambah baik dan kami mampu meraih kejayaan di Copa America," kata Firmino.
"Peringkat kalah mati akan menjadi kuncinya. Ia bukannya mudah. Kesemua pasukan Amerika Selatan berusaha gigih, namun skuad kami semakin mantap."
Brazil menundukkan Venezuela 2-1 dalam perlawanan terakhir kumpulan di mana Robinho memikul tugas Neymar, dan Firmino percaya kehadiran pemain berusia 31 tahun itu memberi sumbangan besar.
"Robinho menjadi contoh buat kami, dan dia banyak membantu kami," Firmino.
"Dia bermain hebat dan begitu juga ketika akan menentang Paraguay nanti tiada bezanya. Kami semua sedar ia adalah perlawanan kalah mati dan kami perlu menang."
#Brazil #Copa Amerika Syarikat #Neymar
;