BPL: Lampard hantui Chelsea, MU kecundang lagi

Astro Arena
September 22, 2014 08:43 MYT
Lampard menjaringkan gol penyamaan untuk mencalarkan rekod permulaan kemenangan 100 peratus Chelsea. - Foto AFP
Frank Lampard kembali menghantui bekas pasukannya apabila menjaringkan gol buat Manchester City pada hujung permainan untuk mengikat Chelsea 1-1 di Stadium Etihad.
Anak buah Jose Mouriho kelihatan hampir mengulangi kemenangan tipis musim lalu menerusi Andre Schurrle namun gagal mengambil kesempatan ke atas lawan yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain, selepas Pablo Zabaleta di buang padang.
Lampard yang menjaringkan 208 gol dalam 626 perlawanan buat Chelsea, mendapat sambutan hangat peminat dengan laungan nyanyian namanya berkumandangan ketika masuk sebagai pemain gantian.
Namun penghormatan mereka menjadi sepi apabila pemain berusia 36 tahun itu menjaringkan gol penyamaan untuk mencalarkan rekod permulaan kemenangan 100 peratus Chelsea.
Jelas terbayang kekecewaan di wajah jurulatih Manchester United Louis van Gaal (kanan) - Foto EPA
Sementara itu di King Power Stadium, Manchester United dikejutkan dengan pendatang baru Leicester City 5-3.
Leicester yang sebelum ini berjaya mencuri mata di Arsenal dan Everton, mempamerkan semangat juang tinggi untuk bangkit daripada ketinggalan 3-1 apabila mudah melepasi benteng Red Devils yang rapuh. -- Astro Arena
#BPL #Chelsea #Leicester City #Manchester City #Manchester United
;