Bordeaux fail muflis

Sinar Harian
Julai 27, 2024 01:20 MYT
Keputusan itu menyaksikan Bordeaux terpaksa meninggalkan status profesional yang dipegang sejak 1937. - Foto X/FC Girondins de Bordeaux
GERGASI Perancis, FC Girondins de Bordeaux memfailkan muflis selepas beberapa hari bekas juara Ligue 1 itu diturunkan pangkat ke Divisyen Tiga bola sepak negara tersebut, kata kelab yang beroperasi di Stadium Matmut Atlantique tersebut.
Direktorat Kawalan Pengurusan Kebangsaan awal bulan ini menurunkan juara enam kali liga teratas Perancis itu daripada Ligue 2 atas faktor kewangan yang menamatkan harapan kelab itu untuk bertahan.
Difahamkan keputusan itu diambil selepas pemilik kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool Fenway Sport Group menarik diri dari rundingan pengambilalihan Les Girondins.
“Ia adalah satu keputusan sukar yang tidak dapat dielakkan daripada proses penstrukturan semula yang sedang dijalankan pihak kelab,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.
Keputusan itu menyaksikan Bordeaux terpaksa meninggalkan status profesional yang dipegang sejak 1937, selain menutup akademi latihan yang membentuk pemain seperti Bixente Lizarazu, Jules Kounde, dan Zinedine Zidane.

COMMUNIQUÉ DU CLUB Suite à la confirmation de la décision de la DNCG de reléguer le FC Girondins de Bordeaux en National 1, le Club a, ce mardi, déposé le bilan auprès du Tribunal de Commerce de Bordeaux, afin dentamer la restructuration nécessaire. En conséquence, le pic.twitter.com/arDAXoIVFe

— FC Girondins de Bordeaux (@girondins) July 25, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
Enam kejuaraan Ligue 1, kemenangan terbaharu pada 2009, meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan kepada negara.
Era keemasan kelab pada 1980-an dicirikan dengan penguasaan domestik dan kempen Eropah yang menggerunkan pesaing di Eropah.
Pemain legenda telah berbakti bersama Bordeaux termasuk Alain Giresse, penjana kejayaan 1980-an, dan Zidane, yang mempamerkan bakatnya yang semakin berkembang di Bordeaux sebelum menjadi ikon global. - Sinar Harian
#FC Girondins de Bordeaux #muflis #Ligue 1 #proses penstrukturan semula