Boleh 'high' sambil tengok Piala Dunia?
Astro Awani
Mac 3, 2018 17:09 MYT
Mac 3, 2018 17:09 MYT
PEMINAT bola sepak yang bakal menyaksikan perlawanan bola sepak ketika Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia dibenarkan membawa dadah marijuana dan kokain, lapor The Moscow Times.
Bagaimanapun semua pemilik bahan itu perlu melengkapkan kertas kerja khusus untuk Piala Dunia di mana Rusia akan menjadi tuan rumah bermula 14 Jun hingga 15 Julai tahun ini.
Mengikut peraturan yang ditetapkan, individu yang membawa masuk dadah ke negara itu perlu disertakan dokumentasi bertulis dalam bahasa Rusia memaklumkan dadah berkenaan untuk penggunaan kesihatan.
Antara dadah untuk kesihatan yang dibenarkan adalah kokain, kanabis dan heroin.
Jawatankuasa Penganjur Piala Dunia Rusia 2018 akan memastikan pihak penguatkuasa bertugas di stadium untuk memeriksa perskripsi sah.
Rusia akan menganjurkan Piala Dunia di 11 bandar termasuk Moscow, St Petersburg dan Sochi.