'Bola sepak tiada masa depan kerana masalah gaji' - Kim Swee
Astro Arena
September 27, 2015 08:30 MYT
September 27, 2015 08:30 MYT
Pengendali sementara Harimau Malaya Datuk Ong Kim Swee menjelaskan mengapa hari ini kurangnya pemain bola sepak berbangsa Cina berbanding dahulu.
Jurulatih berusia 44 tahun itu ketika ditemubual Nadi@1 menerangkan ketika dia di bangku sekolah, bola sepak tidak dimonopoli bangsa Melayu sahaja.
"Ketika itu kita dapat lihat Datuk Soh Chin Aun, Wong Kau Foo dan ramai pemain berbangsa Cina lain mewakili Melaka dan negeri-negeri lain.
Pada masa itu juga kita tidak fikir pasal bangsa apa yang beraksi tapi kita dapat lihat pemain bermain sebagai satu pasukan," katanya.
Walaubagaimanapun, keadaan berubah apabila Kim Swee menjadi jurulatih.
"Faktor utama mengapa pemain Cina mula berkurang adalah disebabkan liga kita mengalami masalah pembayaran gaji. Kita tahu keluarga berbangsa Cina lebih suka anak mereka terus bekerja selepas tamat pembelajaran kerana mereka mementingkan masa depan anak-anak," katanya.