Bola sepak Sukan SEA: Malaysia tewas tipis kepada Filipina

Astro Awani
November 29, 2019 22:59 MYT
Pemain Kebangsaan Mohamed Syamer Kutty Abba (dua, kiri) diasak pemain Filipina pada acara Perlawanan Bola Sepak Lelaki Peringkat Kumpulan di antara Malaysia menentang Filipina di Stadium Rizal Memorial hari ini. - Foto BERNAMA
SKUAD bola sepak bawah 22 tahun negara (B-22) tewas 1-0 kepada tuan rumah Sukan Sea Filipina dalam aksi kedua Kumpulan A di Stadium Rizal Memorial, Manila sebentar tadi.
Walaupun permainan terikat tanpa jaringan pada babak pertama, namun momentum tersebut gagal dikekalkan sehingga babak kedua permainan.
Pemain Filipina, Amani Manuel Aguinaldo berjaya jaringkan gol kemenangan buat tuan rumah pada minit ke-72.
Selepas kekalahan ini, skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee kini perlu memenangi dua aksi terakhir kumpulan menentang Timor Leste dan Kemboja.
Kemenangan membolehkan Filipina menghidupkan kembali peluang ke separuh akhir selepas sekadar seri 1-1 dengan Kemboja dan tewas 1-2 di tangan Myanmar sebelum ini.
#B22 #Datuk Ong Kim Swee #Filipina #Manila #skuad bawah 22 tahun #Sukan SEA Filipina
;