Bola sepak: PSG ranap harapan Malaysia di Portugal

Astro Arena
Julai 4, 2015 22:00 MYT
Skuad Malaysia bawah 13 tahun itu, di bawah naungan NFDP, baru-baru ini mencipta sejarah apabila menjuarai Piala Iber 2015 di Sepanyol selepas menewaskan pasukan Sporting Lisbon Academy dari Portugal 2-1 pada final.
Pasukan Paris Saint-Germain (PSG) mengalahkan skuad bola sepak negara bawah 13 tahun 4-0 pada perlawanan suku akhir Piala Iber 2015 di Kompleks Estoril Praia di Estoril, Portugal, Sabtu.
Kejayaan itu menyaksikan pasukan Perancis itu akan bertemu juara bertahan, Chivas Guadalajara dari Mexico pada saingan separuh akhir.
Pasukan Mexico itu melangkah ke separuh akhir selepas membelasah pasukan tuan rumah, CF 'Os Belenenses' F, 6-0 pada satu lagi perlawanan suku akhir, menurut laman web kejohanan, www.ibercup.com.
Skuad Malaysia Bawah 13 Tahun itu, di bawah naungan Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP), baru-baru ini mencipta sejarah apabila menjuarai Piala Iber 2015 di Sepanyol selepas menewaskan pasukan Sporting Lisbon Academy dari Portugal 2-1 pada final.
Sementara itu, salah seorang tenaga pengajar NFDP, Raja Azlan Shah Raja So'ib menerusi Twitter NFDP, menyifatkan tempo perlawanan menentang kelab Perancis itu sangat tinggi sambil mengakui pasukan negara gagal memanfaatkan peluang terhidang.
Beliau bagaimanapun mengakui kejohanan sedemikian merupakan medan pendedahan terbaik untuk skuad muda negara bagi meningkatkan lagi mutu permainan pasukan berkenaan.
Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, dalam Twitternya, menyifatkan kekalahan itu sebagai pengajaran untuk pemain bangkit semula dengan persembahan yang lebih mantap.

Boys bow out at QF after loss to PSG. Learn from this. Good to taste defeat & come back stronger! @nfdpmalaysia https://t.co/XfBm8nCNlx

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) July 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, beliau memuji usaha baik yang ditampilkan oleh pemain biarpun kalah pada pertarungan suku akhir itu.
Skuad muda negara ini berada di Eropah sejak 28 Mei untuk mengikut latihan di samping bertanding dalam kejohanan jemputan dan mereka akan pulang ke tanah air pada Ahad.
Semasa di Eropah, skuad itu telah melakarkan 21 kemenangan daripada 24 perlawanan dengan menjaringkan sejumlah 69 gol.
Piala Iber merupakan salah satu kejohanan remaja dunia berprestij.
#Paris Saint-Germain #Piala Iber 2015
;