Bola sepak berlaku - Mourinho

Astro Arena
Oktober 19, 2020 11:53 MYT
Reaksi Jose Mourinho ketika saat-saat akhir perlawanan EPL antara Tottenham Hotspur dan West Ham United di Stadium Tottenham Hotspur, London, England, 18 Okt, 2020. (Foto AP)
JOSE Mourinho bergelut untuk menjelaskan kegagalan mempertahankan kelebihan tiga jaringan yang menyaksikan Tottenham diikat 3-3 West Ham semalam dan hanya mampu menyatakan, 'Bola sepak berlaku'.
Spurs mencatat tiga gol terawal mereka sejak bertemu Derby County dalam masa 14 minit, Son Heung-min membuka jaringan dan dua gol daripada Harry Kane terhasil selepas 16 minit berlalu di utara London.
Dan tuan rumah mengekalkan kelebihan itu sehingga minit ke-82, apabila Fabian Balbuena menanduk masuk menerusi sepakan percuma sekali gus mencetus kebangkitan skuad kendalian David Moyes.
Ia dengan cepat diikuti dengan gol sendiri Davinson Sanchez sebelum Manuel Lanzini melengkapkan kebangkitan West Ham dalam masa kecederaan.
Jaringan Lanzini memastikan West Ham menjadi pasukan pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berjaya mengelak daripada ketinggalan lebih daripada tiga atau lebih jaringan selewat minit ke-81.
Ditanya selepas tamat perlawanan, Mourinho sekadar membalas, "Bola sepak.
"Sememangnya, saya perlu menilai apa yang telah berlaku dalam separuh masa kedua dan perlu melakukan secara dalaman. Tetapi untuk anda, saya lebih memilih untuk mengatakan bola sepak berlaku dan saya memilih untuk memuji kepercayaan West Ham.
"Bukan mudah untuk kehilangan kelebihan 3-0. Bukan sesuatu yang mudah untuk hilang tumpuan dalam situasi ini.
"Saya menyedari mereka adalah pasukan yang berbeza musim ini, jadi saya memberikan pujian kepada West Ham."

87 - Tottenham Hotspur had won each of their previous 87 Premier League matches when leading by at least three goals, last dropping points from this position in a 3-5 defeat against Man Utd in September 2001. Despair. #TOTWHU

— OptaJoe (@OptaJoe) October 18, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tottenham mengawal sepenuhnya perlawanan dalam separuh masa pertama Mourinho mendedahkan dia telah memberikan amaran kepada pemain-pemain bahawa perlawanan tersebut masih lagi belum berakhir.
Pengendali kelahiran Portugal itu menyebut nama Tomas Soucek, yang dilihat sebagai 'Fellaini baru' sebagai penghargaan kepada bekas pemain yang dikendalikan ketika bersama Manchester United, Marouane, sebagai ancaman khususnya bagi Hammers.
"Saya memberitahu mereka supaya berwaspada situasi bola mati pasukan lawan, sepakan sudut, sepakan percuma di mana mereka memiliki kelebihan. Mereka dibarisi pemain yang tinggi dan kuat di udara.
"Soucek seperti Fellaini yang baru, memiliki kekuatan di udara. Pada penghujung permainan, tuah memihak mereka tetapi telah berusaha untuk mendapatkannya."
#Jose Mourinho #West Ham #Tottenham Hotspur FC #Derby County #bola sepak #Harry Kane #sepakan percuma
;