Bola jaring patut disenaraikan antara sukan teras negara berikutan populariti yang diraih berserta prestasi cemerlang skuad kebangsaan di peringkat benua sepanjang tahun ini.
Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) Datuk Suraya Yaacob berkata beliau berbangga dengan sokongan ditunjukkan peminat sukan tanah air terhadap skuad kebangsaan, sekali gus menaikkan semangat pemain untuk terus melakar kejayaan di peringkat lebih tinggi.
"Cita-cita saya sekarang mahu masukkan bola jaring dalam senarai sukan teras negara. Tiga sukan - sepak takraw, taekwondo dan angkat berat sudah dikeluarkan daripada senarai tersebut.
"Jadi apa salahnya jika sukan wanita ini (bola jaring) disenaraikan. Mungkin kami boleh mempamerkan prestasi lebih baik dan mengharumkan nama negara di peringkat dunia," katanya kepada pemberita selepas program bertemu peminat bersama pasukan bola jaring kebangsaan di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Sabtu.
Untuk rekod, Malaysia di bawah kendalian Stacey Robinson muncul juara pada Kejohanan Bola Jaring Asia 2016 di Bangkok, Thailand sekali gus menamatkan kemarau 31 tahun merangkul kejuaraan di peringkat benua itu, disusuli dengan pencapaian pingat emas Sukan SEA 2017, Ogos lepas.
Dalam usaha meningkatkan sukan bola jaring, Suraya berkata pihaknya akan mengadakan Piala Bola Jaring Evo yang bakal disertai 5,300 pemain dari 14 negeri.
Beliau berkata setiap kejohanan di peringkat negeri akan melibatkan 32 kelab, dan pasukan terbaik akan beraksi di final, Disember tahun depan di Kuala Lumpur.
"Kita adakan pertandingan sebegini bagi membolehkan pihak persatuan merekodkan jumlah pemain untuk dimasukkan ke dalam pangkalan data bagi memudahkan hal pentadbiran.
"Sekiranya program tersebut berjaya, kita mahu perkenalkan kejohanan semi profesional bagi melahirkan lebih ramai pemain terbaik. Kita mahu wujudkan pasukan kelab supaya lebih profesional seperti bola sepak," katanya.
Seramai 200 peminat hadir meraikan skuad bola jaring negara pada program berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 16 2017

Suraya mahu sukan bola jaring disenaraikan antara sukan teras negara. - Gambar fail Bernama
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Bola Jaring Asia: Harapan ke Piala Dunia tidak kesampaian
Impian Malaysia untuk layak ke Piala Dunia tidak kesampaian apabila tewas 41-54 dalam pertemuan separuh akhir Kejohanan Bola Jaring Asia.

Malaysia ke pentas final bola jaring
Skuad bola jaring negara melangkah bergaya ke pentas final Sukan SEA ke-30, selepas menewaskan Brunei 64-40 dalam aksi separuh akhir di Kompleks Sukan Santa Rosa, Laguna, di sini, pada Ahad.

Sukan SEA: Bola jaring Malaysia benam tuan rumah 88-25
Pemain negara menunjukkan kehebatan dan kehandalan mereka sebagai juara bertahan, dengan menang dengan jurang mata yang besar.

Bola jaring: Malaysia bangkit raih tempat ketiga terbaik Asia
Hong Kong mendahului 17-13 pada suku pertama, 25-24 (suku kedua), 36-35 (suku ketiga) sebelum skuad negara menguasai aksi suku terakhir.

An Najwa dedah rahsia kecemerlangan skuad bola jaring
Antaranya, berlatih dengan pasukan bola jaring lelaki dan menyerap 'semangat' wanita untuk menang pingat emas Sukan SEA.

Bola jaring: Siapa gerangan An Najwa, 'si cantik pemusnah' pasukan lawan
Mari berkenalan dengan An Najwa, 'goal shooter' yang memukau dengan aksi hebat di Sukan SEA.

KL2017: Kemarau emas bola jaring 16 tahun berakhir
Malaysia menang dengan mata akhir 65-41 hasil jaringan konsisten penjaring berbisa An Najwa Azizan dan Norashikin Kamalzaman.

KL2017: Bola jaring Malaysia ke final, tumpaskan Brunei
Ketangkasan skuad bola jaring negara nyata tidak mampu ditandingi oleh Brunei yang ketinggalan 21 mata di suku masa pertama sebelum cuba memberikan sedikit tentangan pada suku kedua.

Bola Jaring: Malaysia tiada masalah ke final
Menepati ramalan ramai, skuad negara yang diketuai Nur Syafazliyana Mohd Ali tidak berdepan sebarang masalah untuk memenangi suku pertama 25-4 sebelum menamatkan suku kedua 39-12.

Bola jaring negara sekali lagi lakar kemenangan bergaya
Menampilkan aksi tangkas dan bertenaga, skuad negara kental mempertahankan benteng gol daripada dibolosi pasukan Brunei.