Bojan Hodak julang gelaran juara liga di tiga negara berbeza
Astro Arena
Jun 1, 2024 18:06 MYT
Jun 1, 2024 18:06 MYT
KETUA jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak, cemerlang memacu pasukannya merangkul gelaran juara Liga Indonesia 2023/2024 sekali gus menjulang gelaran juara liga di tiga negara Asia Tenggara yang berbeza.
Persib menjadi juara selepas menewaskan Madura United dengan agregat keseluruhan 6-1 dalam perlawanan penentuan juara liga semalam dan dia juga menerima trofi jurulatih terbaik Liga indonesia pada musim ini.
Sebelum ini pengendali kelahiran Crotia itu berjaya membawa kelab Phnom Penh Crown menjadi juara Liga Kemboja pada tahun 2011, kemudian membawa Kelantan pada tahun 2012 dan Johor Darul Ta'zim (JDT) dua tahun berikutnya merangkul juara liga.
Untuk rekod, musim lepas dia berjaya membawa pasukan Kuala Lumpur City melangkah ke tiga perlawanan akhir.
“Sebelum itu, saya juga sudah banyak (membawa pasukan ke final). Boleh disemak ketika saya di JDT, Kelantan, dan Malaysia U19. Semuanya saya boleh bawa ke final dan itu normal.
“Hal yang bagus, saya tidak banyak memberikan komen tetapi selalu bagus ketika memenangi liga. Itu perkara yang bagus, seperti pertama kali menang berdepan Bali United dan merupakan jurulatih asing pertama yang merangkul gelaran juara. Selalu bagus ketika meraih hal yang pertama.” katanya di laman rasmi Persib Bandung.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro