Bochum lakar kejutan, Bayern Munich tewas sekali lagi
Astro Arena
Februari 19, 2024 09:40 MYT
Februari 19, 2024 09:40 MYT
DAYOT Upamecano dibuang padang buat kali kedua dalam tempoh lima hari ketika cabaran kejuaraan Bundesliga Bayern Munich mengalami tamparan hebat dengan kekalahan 3-2 di Bochum.
Dalam perlawanan yang terjejas dua kali ekoran protes dilakukan penyokong, Jamal Musiala memberikan gol pendahuluan buat pelawat, tetapi Bochum membalas melalui Takuma Asano dan Keven Schlotterbeck sebelum pertahanan Bayern, Upamecano dibuang padang kerana mengumpul dua kad kuning.
Kevin Stoger menyempurnakan penalti, namun Harry Kane berjaya menghasilkan gol ke-25 musim ini, sebelum Bochum melakar kemenangan di penghujung untuk mengejutkan juara bertahan itu.
Untuk rekod, ini merupakan kekalahan ketiga berturut-turut Bayern dalam semua pertandingan menyebabkan mereka ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu, Bayer Leverkusen dan meningkatkan tekanan kepada pengurus Thomas Tuchel.