Bintang UFC Jorge Masvidal mahu turun bantu padam kebakaran hutan di Australia

Haider Yutim
Januari 5, 2020 23:12 MYT
GAMBAR FAIL: Jorge Masvidal (kiri) disarungkan tali pinggang BMF selepas mengalahkan rakan senegaranya, Nate Diaz pada November tahun lalu. - Foto AP
BINTANG UFC Jorge Masvidal menawarkan diri untuk memberi sumbangan bagi insiden kebakaran hutan di Australia.
Petarung welterweight dari Amerika Syarikat itu berkata, beliau akan terbang ke negara tersebut pada Februari depan dan ingin sendiri turun untuk membantu memadamkan kebakaran di situ.
"Saya akan berada di Australia pada Februari nanti dan ingin membantu. Sumbangan dari lawatan saya digunakan untuk membantu tetapi saya juga mahu membantu secara fizikal untuk memadamkan kebakaran," kata Masvidal menerusi Twitternya pada Ahad.
BACA: UFC 244: Jorge Masvidal tumpaskan Nate Diaz untuk raih gelaran BMF

Ill be in #Australia in February and would like to help. Proceeds from my visit will go to help but I also want to physically help put out the fires #theresurrection https://t.co/OMuOkfxMcY

— Jorge Masvidal UFC (@GamebredFighter) January 4, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kebakaran hutan yang berlaku di Australia telah mencecah 5 juta hektar yang turut memusnahkan 1,500 rumah dan menyebabkan 23 dilaporkan meninggal dunia.
BACA: Kebakaran hutan Australia: Langit bertukar merah darah di Mallacoota
BACA: Hampir 500 juta haiwan mati akibat kebakaran di Australia
Setakat ini 148 titik panas dicatatkan di New South Wales sementara 12 diisytiharkan dalam keadaan bahaya.
Tragedi ini turut mencatatkan jumlah tertinggi mangsa yang terpaksa berpindah.

This is scary https://t.co/UYLxgDZXVL

— Jorge Masvidal UFC (@GamebredFighter) January 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Jorge Masvidal #kebakaran hutan Australia #New South Wales #UFC
;