Bintang Portugal, Pepe umum bersara daripada bola sepak

Astro Arena
Ogos 8, 2024 22:20 MYT
Pepe, mengesahkan bahawa dia akan bersara daripada kancah bola sepak profesional selepas cemerlang sepanjang 23 tahun kariernya.
PEMAIN pertahanan Portugal, Pepe, mengesahkan bahawa dia akan bersara daripada kancah bola sepak profesional selepas cemerlang sepanjang 23 tahun kariernya.
Pemain berusia 41 tahun itu beraksi dalam 878 perlawanan buat kelab dan negara serta telah memenangi 34 trofi dalam karier bola sepaknya dengan kebanyakan trofi hadir ketika dia bermain untuk kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.
Dalam satu video yang dikongsikannya di laman Instagram, dia berkata: "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana memberikan kebijaksaan untuk meneruskan perjalanan hidup saya.
"Dan juga kepada pasukan kebangsaan, semua rakan sepasukan dan jurulatih saya yang membantu saya berkembang dan bersaing setiap hari. Semua peminat yang merupakan jiwa dalam sukan bola sepak.
"Terima kasih kepada rakan dan keluarga saya, kerana memberikan sokongan dan menyokong saya apabila saya meninggalkan rumah untuk bermain bola sepak.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang. Terima kasih." Katanya. - Stadium Astro
#Pepe #Pepe bersara #bola sepak #pemain pertahanan Portugal