Bintang Manchester United, Garnacho dan Onana ucap cepat sembuh kepada Faisal Halim
Astro Arena
Mei 11, 2024 13:16 MYT
Mei 11, 2024 13:16 MYT
BINTANG Manchester United, Alejandro Garnacho, dan penjaga gol utama, Andre Onana, mengucapkan semoga cepat sembuh kepada pemain negara, Faisal Halim.
Menerusi temu bual bersama Stadium Astro, penjaga gol kebangsaan Cameroon itu turut bersimpati dan merakamkan rasa hiba dengan kejadian yang menimpa pemain Selangor itu.
"Kami mendapat berita tentang apa yang terjadi. Kami juga merasainya di sini dan kami menegaskan bahawa kami semua bersama Faisal.
"Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga tabah menghadapi situasi ini," katanya.
Terdahulu, pemain berusia 26 tahun itu dimasukkan ke hospital akibat disimbah asid oleh dua individu yang tidak dikenali di sebuah pusat beli belah di Damansara, Ahad lalu.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#Faisal Halim
#disimbah asid
#pemain Manchester United
#Alejandro Garnacho
#Andre Onana
#ucapan cepat sembuh