Bintang bola sepak meninggal dunia ketika selamatkan mangsa kebakaran dalam kelab malam

Astro Arena
Mac 19, 2025 10:00 MYT
FC Shkupi mengesahkan pengorbanannya, berkata dia mengalami masalah pernafasan akibat menghidu asap terlaluan. - Foto Instagram/Football Club Shkupi
PEMAIN tengah, Andrej Lazarov, meninggal dunia akibat terhidu asap ketika cuba menyelamatkan mangsa daripada kebakaran dahsyat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 59 orang di Macedonia Utara.
Kebakaran berlaku pada awal pagi 16 Mac (waktu Eropah Tengah) di kelab malam Pulse di Kocani, di mana lebih 1,000 orang berkumpul untuk konsert hip-hop oleh DNK.
Lazarov, yang bermain sebagai pemain tengah untuk Shkupi, adalah antara yang hadir ketika api merebak dengan cepat.
Dalam satu kenyataan, FC Shkupi mengesahkan pengorbanannya, berkata dia mengalami masalah pernafasan akibat menghidu asap terlaluan ketika membantu orang lain melarikan diri. - Stadium Astro
#Andrej Lazarov #meninggal dunia #mangsa kebakaran #masalah pernafasan
;