Bintang 16 tahun Barcelona beri Xavi keyakinan

Astro Arena
Ogos 21, 2023 19:15 MYT
Barcelona mungkin melahirkan seorang lagi bintang baru selepas pemain berusia 16 tahun, Lamine Yamal (gambar), meraih pujian pengurus Barcelona, Xavi Hernandez. - Stadium Astro
BARCELONA mungkin melahirkan seorang lagi bintang baru selepas pemain berusia 16 tahun, Lamine Yamal, meraih pujian pengurus Barcelona, Xavi Hernandez.
Xavi yang dikenakan larangan berada di bangku simpanan menyaksikan barisannya menang 2-0 ke atas Cadiz di Stadium Olimpik Montjuic, wal pagi tadi, cukup positif dengan persembahan anak buahnya.
"Dia kelihatan sudah bersedia, dia begitu matang untuk usianya," katanya.
"Dia boleh membawa perubahan untuk kami. Satu-satunya sebab dia tidak menjaringkan gol adalah Ledesma menampilkan permainan terbaiknya musim ini.
"Kami perlu menjaganya tetapi dia seorang pemain berbakat dan umur 16 tahun bukan satu menjadi masalah."
Dalam masa sama, Xavi turut memuji pengaruh Ilkay Gundogan untuk menjana gerakan dari bahagian tengah dan meramalkan kehadiran bekas ketua pasukan Manchester City itu memberi persepsi berbeza terhadap keampuhan mereka padamusim ini.
"Kami kerap mencipta peluang dari luar kotak penalti dan kali ini kami menghasilkan gol itu datang dari bahagian dalam. Itulah sebabnya kami menandatangani Gundogan.
"Saya gembira dengan usaha sepasukan mereka tetapi kami masih perlu menunggu masa yang sesuai.
"Aksi kali ini sangat bagus dan kemenangan ini juga wajar," katanya. -- Stadium Astro
#barcelona #Lamine Yamal #xavi hernandez
;