KUALA LUMPUR: Saya tidak akan menolak untuk bertanding di Sukan Komanwel, kata bekas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei.
Secara peribadinya Chong Wei merasakan bermain di Sukan Komanwel akan sentiasa menjadi keutamaan beliau kerana temasya itu hanya dianjurkan empat tahun sekali berbanding Kejohanan Badminton Dunia, yang berlangsung setiap tahun kecuali pada tahun penganjuran Olimpik.
"Kejohanan Dunia adalah lebih penting untuk karier, namun Sukan Komanwel lebih jauh pentingnya untuk negara," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Legenda badminton negara berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan pemain profesional negara Lee Zii Jia yang menarik diri daripada Sukan Komanwel Birmingham, yang dijadualkan berlangsung dari 28 Julai hingga 8 Ogos.
Malam semalam, Zii Jia menerusi video yang dikongsikan kepada media menyatakan bahawa, agak sukar untuk beliau berhadapan dengan jadual ketat yang dihadapi sejak kebelakangan ini, selain mahu menumpukan sepenuhnya kepada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo dari 22-28 Ogos, sebagai alasan utama beliau menarik diri dari Sukan Komanwel.
BACA: Zii Jia sah tarik diri daripada Sukan Komanwel, fokus Kejohanan Dunia
Chong Wei tidak pernah gagal untuk memberikan Malaysia pingat emas untuk Malaysia dengan memenangi tiga emas dalam acara perseorangan lelaki, sejak mula mewakili negara pada edisi 2006 di Melbourne, Australia.
Namun pemain dari Pulau Pinang itu tidak menyertai edisi Glasgow 2014, disebabkan masalah kecederaan.
Juara tiga kali Sukan Komanwel itu menegaskan, penarikan diri Zii Jia tentunya akan memberikan masalah dan menyukarkan peluang skuad badminton untuk mencapai sasaran dua pingat emas di Birmingham, seperti yang ditetapkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM), minggu lepas.
"Memang lebih berat untuk pemain perseorangan Malaysia untuk menang pingat emas, tidak mudah kerana ada pemain India, juara dunia 2021 dari Singapura Loh Kean Yew dan jangan lupa Bryan Yang dari Kanada," katanya.
Chong Wei juga percaya keputusan Zii Jia itu akan memberi kesan kepada cabaran Malaysia dalam acara berpasukan campuran, walaupun masih mempunyai pasangan beregu keenam dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik, pasangan wanita nombor 10 dunia Pearl Tan-M. Thiinah dan pemain berpengalaman Chan Peng Soon yang akan berpasangan dengan Cheah Yee See dalam beregu campuran.
Bagaimanapun pingat perak Sukan Olimpik tiga kali itu berkata status Zii Jia sebagai pemain persendirian sejak awal tahun ini, menjadikan lebih mudah untuk juara Kejohanan Badminton Asia 2022 itu untuk tidak menyertai Birmingham.
"Fakta bahawa beliau bukan lagi pemain pasukan kebangsaan menjadikan lebih mudah untuknya tidak bermain di Birmingham. Jika dia di pasukan kebangsaan, Sukan Komanwel tentunya menjadi keutamaan" katanya.
Sementaraitu Chong Wei berkata pemain perseorangan lelaki utama Persatuan Badminton Maysia Ng Tze Yong, tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk memikul tanggungjawab besar mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Zii Jia di Birmingham.
Oleh sebab itu beliau berharap pemain nombor 48 dunia itu akan bersedia secara mental dan menunjukkan permainan terbaiknya, pada acara yang akan berlangsung di National Exhibition Centre.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022

CHONG WEI: Kejohanan Dunia adalah lebih penting untuk karier, namun Sukan Komanwel lebih jauh pentingnya untuk negara. - Gambar fail/BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Sokong Gaza: Ahli parlimen Britain nyatakan sokongan kepada Azizulhasni melalui Twitter
Ahli parlimen Bradford West, Geroge Galloway menyuarakan sokongan tersebut menerusi laman Twitternya hari ini.