Beri Rajagobal peluang, kata Santokh
Astro Awani
Disember 16, 2012 10:58 MYT
Disember 16, 2012 10:58 MYT
Biarpun Malaysia sudah tersingkir dari saingan, mood kejohanan masih dirasai dan hangat diperkatakan.
Namun ia bukan kekecewaan yang dialami Harimau Malaya, sebaliknya mengenai hala tuju pengendalinya Datuk K.Rajagobal.
Tumpuan laporan akhbar pada Sabtu terarah kepada pengendali berusia 56 tahun itu. Ia berhubung nasibnya selepas gagal membawa skuad kebangsaan mempertahankan gelaran Piala AFF yang dimenangi dua tahun lalu.
Ada yang berpendapat jurulatih yang menjadi pencetus kepada dua kejayaan Sukan Sea 2009 dan Piala AFF 2010 itu patut berundur diri.
Bagaimanapun, bekas pemain kebangsaan Datuk Santokh Singh mempunyai pandangan sendiri mengenai isu ini.
Pandangan pemain pertahanan kental di era 70-an itu ada rasionalnya.
Ini kerana sasaran utama Rajagobal adalah melayakkan diri ke Kejohanan Piala Asia 2015 di Australia.
Apa pun beliau yang masih memilik baki kontrak hingga hujung tahun depan menyerahkan nasibnya kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk kedudukannya selepas ini.