Beri kebebasan kepada jurulatih badminton --Ismail Saman

Syafique Shuib
September 20, 2013 22:27 MYT
Jurulatih seharusnya diberi kebebasan tentang program latihan mereka kepada para pemain tanpa sebarang campur tangan pihak pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Menurut bekas pemain kebangsaan Ismail Saman, mungkin inilah faktor Rashid Sidek untuk meletak jawatan sebagai jurulatih negara.
“Mungkin pada pendapat saya, Rashid tidak diberi kebebasan untuk bersuara atau kebebasan untuk membuat sendiri kerja-kerja latihan beliau sendiri,” kata beliau.
Tambah beliau, tanpa kebebasan ini, para jurulatih mungkin tidak rasa selesa sedangkan mereka mempunyai ilmu sendiri untuk melatih para pemain.
Klik untuk temuramah penuh.
#BAM #Ismail Saman #Persatuan Badminton Malaysia #rashid sidek
;