Beregu negara kecundang aksi sulung di Guangzhou
Fareez Azman
Disember 11, 2019 07:01 MYT
Disember 11, 2019 07:01 MYT
BEREGU negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kecundang dalam aksi pertama Kumpulan B Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir di Guangzhou, China pada Rabu.
Meskipun baru sahaja memenangi pingat emas di Sukan SEA ke-30 di Filipina, pasangan beregu kesembilan dunia itu terpaksa akur selepas dikejutkan beregu nombor satu dunia dari Indonesia, Hendra Setiawan dan Mohammad Ahsan dengan straight set 19-21,16-21.
Skuad negara berdepan laluan sukar selepas berada di Kumpulan B yang turut disertai dua beregu pilihan dari Taiwan, Lee Yang - Wang Chi Lin dan Lu Ching Yao - Yang Po Han.
Bagi Aaron, kekalahan itu bukan disebabkan faktor keletihan. Sebaliknya, dia perlu lebih fokus dalam perlawanan seterusnya.
Nasib sama melanda beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying apabila tewas dalam aksi pertama kumpulan selepas ditundukkan pasangan dari China, Wang Yi Lyu dan Huang Dong Ping dalam straight set 11-21 dan 14-21.
#Aaron Chia
#badminton
#beregu
#BWF
#China
#Indonesia
#Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir
#Soh Wooi Yik
#Sukan SEA
#Taiwan