Beregu lelaki negara juara Siri Super Dunia Akhir Dubai 2016

Astro Awani
Disember 18, 2016 20:33 MYT
Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong muncul juara Siri Super Dunia Akhir Dubai 2016 di UAE selepas menewaskan beregu Jepun. - Gambar fail
Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong muncul juara Siri Super Dunia Akhir Dubai 2016 di UAE selepas menewaskan beregu Jepun Takeshi Kamura-Keigo Sonoda dari Jepun 21-14, 21-19 pada Ahad.
Ia merupakan kejayaan wakil tunggal negara yang melepasi saingan peringkat kumpulan sehingga aksi final di Kompleks Sukan Hamdan, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Pada perlawanan awal pagi Ahad, V Shem-Wee Kiong hanya mengambil masa selama 37 minit untuk menundukkan lawan dari China, Chai Biao-Hong Wei 21-18, 21-16.
Kemenangan itu sekali gus membawa pasangan itu ke final untuk bertemu beregu Jepun.
Pada aksi separuh akhir, Kamura-Sonoda menundukkan Mads Conrad-Petersen-Made Pieler Kolding dari Denmark, 21-17, 21-19.
Untuk rekod, dalam tiga pertemuan dengan pasangan Jepun yang kini merupakan beregu nombor lima dunia, V Shem-Wee Kiong hanya memenangi satu perlawanan sahaja.
#Goh V Shem-Tan Wee Kiong #Jepun #Siri Super Dunia Akhir Dubai 2016